Pembangunan berorientasikan transit

Dalam perancangan bandar, pembangunan berorientasikan transit (atau TOD, dari bahasa Inggeris: transit-oriented developmentcode: en is deprecated ) ialah sejenis pembangunan bandar yang memperluas ruang dan jumlah kawasan berpenduduk, perniagaan dan ruang lapang untuk jarak berjalan dengan pengangkutan awam.[1][2] Ia menggalakkan sebuan hubungan simbiosis antara bendtuk bandar yang kompak lagi padat dan penggunaan pengangkutan awam.[3] Dalam berbuat demikian, TOD menyasarkan peningkatan pemanduan pengangkutan awam dengan menguyrangkan penggunaan kereta persendirian dan dengan menggalakkan pertumbuhan bandar yang lestari.[4]TOD secara kebiasaannya mengandungi sebuah perhentian transit utama (seperti stesen kereta api, rel ringan atau perhentian bas) dikelilingi oleh kawasan guna campur berkepadatan tinggi, dengan kawasan kurang padat berkembang dari pusatnya. TOD juga secara kebiasannya direka untuk lebih mudah berjalan kaki berbanding kawasan bandar lain, dengan menggunakan blok bersaiz lebih kecil dan mengurangkan laluan bagi kereta.[5][6] Kawasan-kawasan yang pusatnya stasen transit sebagai hab sementara membina pembangunan TOD berfokuskan penduduk di kawasan tertentu dikenali sebagai perkampungan transit.Kawasan terpadat TOD pada kebiasaannya terletak dengan jarak ​1⁄4 hingga​1⁄2 batu (400 hingga 800 m) di sekeliling perhentian transit utama, sebagaiman ia dianggap sebagai satu skala yang munasabah bagi pejalan kaki, seterusnya menyelesaikan masalah batuan terakhir.